Saturday 24 March 2012

Pelajar.

Aku masih setia dengan blog aku. Walaupun tidak sehebat dan semegah. Ianya cinta hati aku. Tempat setiap perdebatan dan penerangan dilakukan sama ada berdasarkan logik akal manusia normal atau berdasarkan hati yang sentiasa penuh dengan kecelaruan perasaan.

'Aku penat jadi pelajar' 

'Lagi penat jadi dewasa'

Ha. Sungguh tiada perkara yang mudah. Setiap situasi itu mencabar aku zahir dan batin. Sungguh benci dengan manusia yang berprasangka. Sungguh benci dengan manusia yang tembak merata tanpa ada sebarang usul periksa. Hanya kerana dia semua terkena tempiasnya. Um, mungkin juga bukan salah kau. Mungkin juga bukan salah dia. Mungkin segalanya hanya salah faham antara manusia yang sememangnya bukan seorang yang bijaksana. 

Teguran diberi untuk apa? Faham. Supaya kami sedar kesilapan kami! Tetapi, betapa sinis teguran itu. Betapa terguris hati kami. Betapa hebat kritikan yang diberi. Hingga yang alim terjatuh imannya. Hingga yang diam terhambur amarahnya. Hingga yang tabah menitis airmatanya. Untuk apa semua itu? Untuk menambah luka? Untuk menambah tekanan dalam kehidupan yang sememangnya kian mencabar iman bahkan fizikal dan mental setiap dari kami. 

Cukup! Hentikan segala sandiwara. Akan kami beritahu segalanya. Setiap cerita yang kami rahsiakan untuk menjaga maruah kau. Tetapi, kau sendiri yang menghancurkan rasa simpati ini. Kau sendiri yang buat kami membenci. Eh. Maaf! Mungkin belum sampai tahap membenci. Kau hanya kecil di mata kami. Selepas segalanya terbongkar satu demi satu dan hari demi hari. Masih menanti satu lagi huraian. Huraian ini akan menentukan segala keputusan yang aku akan ambil untuk aku teruskan hidup sebagai seorang pelajar :"D 

Peace awakk >.<


"Try to hold the tear, but it make me feel uncomfortable"

No comments: