Saturday 28 January 2012

Sekiranya membina hubungan.

"Can we do a correction in our relationship? Thats mean, we repeat our story and make it right"
Sekiranya membina hubungan itu seperti melaksanakan kerja sekolah.
Setiap kerja yang diberi tidak selalu mudah
Tidak juga selalu susah.
Tetapi, jika ada kesalahan.
Kita akan lakukan pembetulan

Sekiranya membina hubungan itu seperti kita menuntut ilmu.
Tiada istilah berakhir dalam menuntut ilmu
Setiap hari makin ingin tahu
Semakin ingin didekati.

Sekiranya masalah dalam hubungan itu sama seperti masalah dalam matematik.
Sentiasa ada penyelesaiannya.
Kemudian berjumpa masalah lagi
Selesaikannya kembali.

Sekiranya mencipta hubungan sama seperti fakta sains.
Yang wujud hanya perkara realiti
Tiada istilah Hasad Dengki
Dari manusia yang Iri Hati
Dengan hubungan antara kami.

Tetapi Jangan sampai hubungan itu jadi seperti pelajaran Sejarah
Yang hanya boleh dikenang
Yang hanya boleh buat airmata bergenang.

*Maaf. Saya TER-rindukan awak mr.A . Byeee. Assalamualaikum.
Nukilan:  NurSyakirahIzwanie (Che Izwa)

1 comment:

nuyui a.k.a miss YUI said...

sweet la plak..rindu dia gak..hihi.