Tuesday 31 January 2012

Jangan berjanji (:

Sometime, the thing that you think hard to do is the easiest thing to complete it
Cinta. Aku berbahas lagi pasal Cinta. Cinta yang entah dari mana datangnya. Tidak terfaktab dalam kamus dewan mahupun dwibahasa. Aku bukan si pakar soal bercinta. Aku belajar melalui membaca. Membaca pengalaman manusia lainnya. Yang sering terbabas dari landasan keredhaan kerana cinta manusia yang bukan sah bagi diri mereka.

Seorang sahabat meluahkan rasa yang tidak puas di hati. Mengatakan benci terhadap bekas kekasih. Kerna sikapnya yang tidak menepati janji. Kononnya ingin sehidup semati.

*berfikir melalui logik akal manusia yang normal fizikal dan mental

Di hati aku. Yakin berkata-kata dengan tegas dan lantang bahawa setiap manusia itu bijaksana. Tahu tentang agama mereka. Mereka tahu Jodoh itu ketentuan siapa. Jika mereka sedia tahu. Mengapa perlu berjanji setia. Konon ingin sehidup semati. Tak mustahil akhirnya nanti seorang hidup seorang mati.

Jika berjanji kita perlu tepati. Sekiranya berjanji dalam hubungan yang tidak pasti. Bagaimana hendak kita tepati. Jika manusia itu bukan dicipta dari tulang rusuk kita? Berfikir sebelum menutur kata. Berfikir sebelum berjanji setia. Takut nanti mendatangkan dosa secara percuma.

Ingatlah. Jodoh itu pasti. Jangan khuatir. Jangan ragu dengan KALAM ALLAH. Semua itu benar lagi sahih. Jangan berjanji. Takut nanti merana diri. Teruskan menanti jodoh dari ILAHI. Lengkapkan diri dengan akhlak yang terpuji supaya jodoh yang hadir juga mempunyai tatatertib diri yang tinggi (: Assalamualaikum.

2 comments:

nuyui a.k.a miss YUI said...

Jodoh insyaALLAH ada.. masanya belum tiba..tak gtu??

Mohamad Fathi said...

Jodoh Hanya Allah S.W.T yang tahu.. ^_^