Saturday 7 January 2012

Entri masa Rehat (;

Assalamualaikum. Mulakan bicara dengan ayat suci. Alhamdulillah~ Sudah 50% kerja sekolah sudah siap. Malam nanti sambungg buat lagii. Rehat kejap. Pekena KOPIKO Brown Coffee secawan. Dalam hati tengah susun ayatt. Macam mana nak cakap dengan mama supaya mama benarkan aku Online. Last- last..

Saya : Mama, nak buka laptop boleh?
Mama : *angguk* Tapi, kejap je.
Saya : Okeyyyy (;

Lol ^^ Tak payah susun ayatt. Mama kasi (; Aku online FB tauu. Then, terbaca ayatt ni.

" Matematik tidak mengajar kita menambah perasaan cinta dan menolak kebencian. Tetapi, matematik mengajar kita setiap masalah ada penyelesaiannya
Well, thats ryte. Dalam kehidupan ni. Memang banyak masalah yang akan kita terima. Banyak sangatt. Tetapi, kita kena sedar juga. Masalah itu satu dugaan. Dugaan dari Allah SWT. Jangan mempersoalkan setiap masalah yang timbul. Kesenangan yang hadir dalam hidup kita juga satu dugaan.

Kenapa kesenangan itu satu dugaan?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa kesenangan itu satu dugaan? Allah memberi kesenangan kepada kita untuk melihat diri kita. Ketaatan dan kesetiaan kita terhadapNYA. Majoriti manusia mudah lupa diri. Rasanya semua sedia maklum bahawa 'Melayu Mudah Lupa' and also me (; Aku seorang melayu. Saat kita kesusahan dan menderita dengan pelbagai masalah *terutama masalah HATI* Allah lah yang menjadi tempat kita mengaduu. Tetapi, bila kita tengahh senang dan dalam kegembiraan. Adakah kita ingat padaNYA? Tidak! Kita lalai dan leka dengan kesenangan.


Jika sekarangg kita sudah sedar akan kesilapan kita. Cepat-cepatt bertaubatt ya (; Aku taknak banyak bercakap. Aku masih cetek ilmu dalam kehidupan. Mungkin pembaca belog ini mempunyai pengalaman hidup yang lebihh mencabar lagi. Ingatlah, setiap masalah ada penyelesaiannya. Jangan berputus asa. Sama macam soalan Matematik yang aku baru buatt tadi. Semuanyaa ada penyelesaian.

Persoalan : Adakah penyelesaian kita itu BETUL?
Sama macam kita jawab soalan Peperiksaan. Kita jumpa penyelesaian. Tapi, terkadang penyelesaian itu Salah kannn (; Selepas itu, kita belajar lagi. Satu masa, bila kita jumpa soalan yang serupa. Kita pasti dapat atasinya. Kerana kita sudah belajar dari kesilapan yang lalu.



p/s : Sambil aku menaip. Sambil aku motivasi diri aku sendiri (; Assalamualaikum.

5 comments:

::Misz sunsWeetz:: said...

hye dear..nasib le on9^^ hehe..em betul tu statement kamu : kita lupa denganNya bila kita senang jadi janganla kita lupa padaNYA..ok adikku^^

Zehan Ilyana said...

u r rite..mmg setiap nye ade jln penyelkesaian..
kalau betul, ianya akan memajukan kite lagi..
kalau salah, we learn from our mistake rite?
belajar rajin2 taw!

C i k P i p i T e m b a m said...

ye betul tuu... akak sndiri pon manusia biasa.. punya kesilapan..

محمد رازيق said...

setiap seuatu ada jalannya, jgn disesali sekiranya jalan itu salah, kerana ia mendidik kita.. nice entry. freee2, jmput singgah blgo, jmput bc entry HUKUM MANDATORI??

Anonymous said...

saba..saba.. ^^ u are better than anything in this world as long as u believe in urself..hihi nin..nin..^^