Friday 30 December 2011

Kita berdua sama.

Aku bukanlah Aisyah.
Aku bukanlah Zulaikha
Aku bukanlah Fatimah.
Aku bukanlah sesiapa.

Aku adalah aku.
Aku sentiasa menjadi diriku.
Yang memang akan ada khilafnya
Yang tidak sempurna sifatnya
Yang bergantung harap dengan Tuhannya

Tapi kau kena ingatt

Kau juga bukannya Nabi Muhammad
Kau juga bukannya Yusuf
Kau juga bukannya Saidina Ali 
Kau juga bukanlah sesiapa

Kau hanya kau
Kau hanya manusia biasa
Yang turut mempunyai khilafnya
Yang turut tidak sempurna sifatnya
Yang turut bergantung harap dengan Tuhannya

Jadi,
Jangan kau hina dan kutuk khilafku
Jangan kau berasa malu dengan setiap kesalahanku
Aku mahu dirimu sebagai penasihat
Begitu juga kau yang memerlukan aku untuk turut membimbingmu.

Kita sama-sama tidak sempurna
Kita sama-sama manusia biasa
Jadi terimalah aku seadanya akuuu :>

3 comments:

Anonymous said...

nice.. pndai puisi ekkk.............

Qil_Zawawi said...

nice :) .,

Ebell Lee Syasya said...

puitis :)