Wednesday 28 December 2011

29 Disember

Assalamualaikum. Semalam aku tak post pon kann? Rindu tak? *puiihh* Sejak bila aku pandai merindu ni? lol xD Well, harini pergi sekolah. Harini kena bangun awal. Harini kena mandi dalam keadaan sejuk *Dah Biasa*  Harini kena pergi sekolah naik bas luar. Harini dapat duit belanja dekat sepuluh hengget. Taktahu kenapa mama tetiba baik *musykil* Aku takbanyak tanya. Terus kaut je duit tuu. Kalau tanya nanti mama ambik balik. Hehe.

Ada Apa Dekat Sekolah?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Harini ada pendaftaran. Well, nak PMR kan next year. Please dont call me PMR CANDIDATES. Eventhough its fact :/ Takutttt sangat nak PMR. K Gedik. Then ada pemilihan untuk Kokorikulum. This is my choices

1 PBSM
   *Aku memang suka rawat orang. terutama sekali buat CPR. Okey, CPR tuu apa? Hihi *sengihhh*

2 Bola Jaring
   * Pada mulanya aku nak bola baling. Tapi dah FULL. Memang sangat menyakitkan hati. Aku suka bola baling. Bola Jaring best jugak cuma banyak sangat peraturan. 

3 Matematik Dan Sains
   *Okey. Aku memang gilakan matematik dengan sains. Aku suka cabar otak aku. 

Lepas tuu. Aku ada perjumpaan pengawas. Well, this is me. Pengawas Sekolah! Pengawas sekolah yang sangat berwibawa *Sila muntah* Pada mulanya aku bangga jadi pengawas. Sumpah bangga. Tapi ada satu kejadian yang berlaku pada tahun ini. Yang membuatkan aku tersedar. Sungguh besar tanggungjawab menjadi pemimpin. Kita memegang amanah.

*Flashback*

Syakirah : Ustazah, dalam perjalanan saya ke sekolah tadi. Saya terlihat salah seorang budak sekolah kita sedang pegang telefon. Tapi, saya tak pasti sama ada dia bawak masuk sekolah atau tak telefon tu.

Ustazah Aiashah : Yeke? Pelajar tingkatan berapa? Yang mana ya?

Syakirah : Pelajar tingkatan empat. Alaa, yang pakai beg converse tuu. Yang selalu datang lambat tuu. Yang pakai stoking dengan tudung singkat tuu *Ayat rekaan yg ni*

Ustazah Aiashah : Okey takpe. Nanti ustazah periksa.

tap tap tup tup tip tip. Aku jalani hari seperti biasa. *Kriiiiiiiiiiiiiiiinggggggggggggg! loceng sekolah berbunyi. Aku apa lagi. Terjun bangunan la kan. Nak balik awal la katakan. K Gebangg -,- Aku jejak je tangga yang terakhir. Tetiba ada seorang akak tingkatan empat panggil aku. Aku pergi jelah ikut akak tuu. Aku tak fikir apa pun masa tuuu. Last last. Bermula laaaa....

Akak Form 4: Weyy, kau pehal ahh? Kau yg bagitahu ustazah aku bawak fon kann? Kau gedik apasal?

Syakirah : Apahal? Saya cakap kat ustazah saya nampak awak pegang fon.

Akak Form 4 : Sial kan kau. Masalah kau nampak aku bawak masuk sekolah ke fon tuuu?

Syakirah : Well, sis. Hear me! Saya tak cakap kat ustazah yang awak bawak masuk fon tuu. Saya cakap yang saya nampak awak pegang fon tu di luar sekolah. Saya dah explain dekat ustazah yang belum tentu awak bawak masuk fon tuu.

Akak Form 4 : Siot la kauu. Blah laaa.

Aku dengan muka slamber blah dari situu. Tak sampai 5 minit. Aku menangis. Bukan sebab aku lemah. Aku tahan marah. Nampak tak ayat akuu. Aku mash cuba kawal keadaan. Aku masih ada rasa hormat dekat dia sebagai kakak yg lebih tua dari aku. Esoknya aku report dekat ustazah. Aku bukan kaki report. Aku rasa macam tak selamat :/

*End Flashback*

Harini aku dilantik menjadi AJK tertinggi dalam pengawas. Alhamdulillah. Semoga Allah tabahkan aku untuk hadapi cabaran yang lebih hebat lagi selepas ini. Aku juga ditugaskan menjaga pelajar Tingkatan 5. Well, agak gementar. Budak form 3 kena jaga pelajar form 5. Agak-agak kenapa ustazah suruh aku jaga budak form 5?

AZAM Tahun 2012 --> Of course nak jadi yg lebih baik dari tahun 2011. Aku nak dekatkan lagi diri dengan Cinta Agung. Aku nak belajar dan tumpukan sepenuh perhatian dalam pelajaran. Aku mahu tanamkan satu pemikiran iaitu bukan masanya untuk bercinta. Semua itu akan mengganggu konsentrasi aku. Doakan kejayaan azam aku. Aminnnn :>

2 comments:

M.NAQIB said...

Powerrr..,

Che Izwa said...

Naqib : Apa yang power? *Loadinggggg*