Sunday 25 December 2011

Aku masih mencari identiti


Aku masih mencari identiti.
Identiti diri.
Aku taknak hidup dalam keadaan yang penuh dengan penipuan.

Aku mencari kejujuran.
Kejujuran dalam diri untuk menjalani kehidupan.
Bukan seperti apa yang ku lakukan kini.
Harini menjadi seperti dia.
Esok menjadi seperti yang lainnya.

Siapakah aku yang sebenarnya?
Aku sentiasa melihatkan kekurangan.
Aku mencari kelebihan yang tersembunyi didalam diri gadis melayu ini

Apa kelebihanku?
Sukar untuk ku gali dan mencari
Aku masih keliru
Bagaimana hendak membuat refleksi?

'Kau sensitif gila'


Ayat itu sudah lali melalui segenap gegendang telinga aku.
Tahap apakah sensitif aku ini?
Teruk sangatkah?
Bukan aku yang pinta.
Allah memberikan hati yang sangat halus buat aku.
Sedangkan aku redha dengan ciptaanNYA, mengapa perlu ada yang memberi komen?
mencaci dan menghina?

Sudah ! Hentikan segala cacian dan hinaan.
Aku tekad membuat perubahan
Dengan keyakinan terhadap Qada' dan Qadar.
Aku bukan lagi seorang gadis yang sensitif
Kekentalan dan ketabahan sudah ku semai didalam diri

Di saat kau bertemu kembali dengan aku.
Mungkin aku bukan gadis sensitif itu
Dari pembacaan banyak mengajar
erti sebuah kehidupan.
Betapa banyak dugaan yang perlu kita tempuh
mengapa dengan sedikit ujian aku hendak menangis?

Sepanjang cuti aku habiskan masa
Dengan aktiviti mereflksi diri.
Bermuhasabah pada malam hari.

*Ayat jiwang dok? -,-' Haha.

6 comments:

Emah said...

macam puisi..best..
:D

AmySyahiera Malik said...

puitis gila ayat .
papew pon TERBAEKK la :D

Zehan Ilyana said...

nice..:)
but remember one thing sis,
life is about creating urself not finding urself..
u r here..
but u have to create urself..coz u r unique! :))

Che Izwa said...

Emah: Hehe, thanks

Syamy: Terimakasih

Teenager: Hee, thats right. Thanks :)

Chuu Muqhlis said...

actually kite selalu je terikut2 dengan surrounding kite., but then one thing be ur self k :)

Che Izwa said...

Chuu : Thats ryte :> Thanks ^^